Thursday, April 7, 2011

Telur 'Tipu'


*Telur tiruan yg di sebelah kanan itu*

Baru2 ni negara kita kecoh dengan telur tipu a.k.a telur tiruan. Haih~ ingatkan barangan2 ja yang diciplak..telur pn boleh ditiru ek..dunia2..~

Ha,mcm mn nak tau telur yg kita beli 2 ori ataupun 'ciplak' ek??sila teruskn membaca tanpa berasa segan dan silu...hihihi!;p




1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

P/S:Hati2 bila membeli telur lenkali ye..sbb dikhuatiri telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang HARAM dimakan oleh orang Islam.huhu..~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...