Saturday, April 17, 2010

Disleksia


Apa itu Disleksia?

Perkataan Disleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu "dys" bermaksud kesukaran dan "lexia" bermaksud perkataan. Oleh itu, jika diterjemahkan secara terus bermaksud kesukaran dengan perkataan bertulis. Definisi Disleksia ialah "kesukaran atau ketidakbolehan individu menguasai kemahiran membaca walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi." (dipetik daripada Manual Instrumen Senarai semak Disleksia)



Ciri-ciri murid Disleksia:
-Menggunakan pelbagai ejaan yang mengelirukan
-Lemah membaca dan kerap meninggalkan perkataan/sukukata
-Lemah huruf dan perkataan
-Daya ingatan yang rendah
-Sukar menyalin perkataan dari papan tulis
-Keliru arah kiri dan kanan
-Rendah kemahiran mengurus
-Sukar menyusun idea mengikut urutan
-Sukar menghuraikan idea mengikut urutan
-Sukar menghhuraikan idea dalam bentuk penulisan
-Mudah hilang tumpuan
-Kesukaran mendengar dan memahaminya
-Cepat letih dan bosan apabila belajar
-Kerja penulisan yang berselerak dan lemah menulis
-Kesukaran notasi/simbol muzik

Terdapat ramai tokoh-tokoh terkenal dan berjaya yang diketahui menghidap Disleksia. Antaranya ialah.....


Tom Cruise - Pelakon

Leonardo Da Vinci - Pelukis

John F. Kennedy - Presiden USA

Albert Einstein - Pakar Fizik

2 comments:

Anonymous said...

salam.adik saya bru capai tahap disleksia..sblm nie ntah le die tahap apa sampai binggung parents sy nak cari cegu yg sesuai untuk die..

miezan'slife@blogspot.com said...

wslm.em,sy cadangkan agar saudari/ra masukkan adik saudari/ra ke sekolah pendidikan khas.sekolah perdana pn ada wt kelas pemulihan untuk mereka2 yg mengalami mslh sebegini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...